twitter
rss


Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pemandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada satu kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, Falsafah Pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini digubalkan daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan samada di dalam institut pendidikan atau di luar institut pendidikan (Mohamad Suffyan Bin Mohd Daim).    

0 comments:

Post a Comment