twitter
rss

Robert J. Havighurst  dilahirkan pafa 5 Jun 1900 dan telah menerima ijazah Ph.D. dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Beliau telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah menjadi guru.
Beliau telah mengemukakan teori mengenai tugas perkembangan. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh sesorang individu pada peringkat umur tertentu. Ia adalah satu set kebolehan atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi persekitarannya mengikut teori ini.  Perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai, norma dan budaya masyarakatnya.  Kebudayaan masyarakat juga berkait rapat dengan keperluan mereka.  Pendekatan memenuhi keperluan psikologi mungkin berbeza daripada satu budaya kepada satu budaya yang lain. 
            Beliau turut memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan.  Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa dalam hidup individu tersebut.  Kejayaan mencapai tugas ini akan membawa kegembiraan manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam tugas-tugas seterusnya.  Selain itu, beliau mencadangkan bahawa perkembangan personaliti seseorang itu turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.
Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah pada usia sejak lahir sehingga berumur 6 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak sudah mula bertutur namun masih bersifat egosentrik iaitu bercakap mengenai diri sendiri.  Ketika berusia 6 tahun, kanak-kanak sudah mampu bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah memiliki kemampuan untuk membezakan yang betul dan salah. Bagaimana pun, kanka-kanak pada peringkat ini masih belum dapat menguasai konsep pengekalan dan transformasi.
Peringkat kedua pula ialah pada usia 6 hingga 12 tahun. Pada usia ini, kanak-kanak sudah menguasai beberapa kemahiran termasuk kemampuan untuk bersosial dan bergaul dengan orang di sekeliling mereka. Mereka juga mula belajar untuk membentuk sikap mengakui hak, keupayaan dan kelemahan individu.
Peringkat yang ketiga pula ialah ketika kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini, perubahan fizikal adalah ketara setelah kanak-kanak akil baligh. Mereka akan mula memiliki kecenderungan untuk meminati jantina yang berbeza. Mereka akan belajar bertingkahlaku seperti orang dewasa ketika berada di kalangan orang dewasa. Pada usia ini, mereka mengingini tingkah laku dan kehidupan yang bertanggungjawab serta diterima masyarakat. Selain itu, kesedaran mereka terhadap perkara yang penting, baik dan betul juga menjadi mantap.
            Mengikut teori Havighurst, beliau mempercayai bahawa manusia mempunyai tugas perkembangan pada setiap peringkat hidup mereka.  Sesuatu tugasan dalam peringkat hidup mereka akan mempengaruhi peringkat seterusnya.  D

0 comments:

Post a Comment