twitter
rss


Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui banyak pembaharuan sejak tahun selepas merdeka lagi. Pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pendidikan ini memberikan keadaan yang kondusif bagi sekolah untuk berkembang dan maju selaras dengan strategi yang telah dirancang oleh negara. (Mok Soon Sang, 2010)
Melalui FPK terdapat banyak pembaharuan yang ada dalam kurikulum pendidikan di sekolah. Antaranya ialah aktiviti kokurikulum menjadi aktiviti yang penting dalam kurikulum sekolah dengan tujuan untuk  mengembangkan aspek jasmani dan emosi murid-murid di samping membina hubungan yang baik dengan kaum yang lain melalui interaksi sosial (Mok Soon Sang, 2003).
Selain itu, berlakunya perubahan dalam sukatan pelajaran yang mana ia berorientasikan kepada program bersepadu dan bahan-bahan pelajaran juga lebih mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan juga berlaku dalam program pendidikan yang mana program pendidikan berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta perubahan dalam sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
Sukatan pelajaran dalam kurikulum juga telah disesuaikan untuk melatih kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi (Mok Soon Sang, 2010). Strategi pembelajaran yang lebih kepada berpusat kepada guru sebelum ini juga telah diubah kepada aktiviti pembelajaran yang lebih berpusat kepada murid (Mok Soon Sang, 2003).

0 comments:

Post a Comment