Implikasi FPK terhadap institusi pendidikan jelas dapat kita lihat melalui perubahan kemudahan-kemudahan untuk pelajar agar mereka mendapat peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang (Mok Soon Sang,2010). Perubahan aktiviti sosial di sekolah agar menjadi satu budaya sekolah yang kondusif juga telah dilaksanakan. Ini adalah untuk membolehkan murid untuk mendapatkan nilai-nilai murni sesuai dengan aspirasi FPK.
Selain itu, implikasi ini dapat dilihat juga melalui perubahan iklim sekolah yang lebih kondusif bagi melahirkan murid-murid yang mencintai ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Perubahan dari segi persekitaran pembelajaran di sekolah juga mampu mengalakkan murid untuk mengembangkan potensi mereka dari aspek intelektual serta memperolehi ilmu pengetahuan terutamanya dalam Teknologi, Maklumat dan Komunikasi dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2003).