twitter
rss

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Fokus utama teori ini ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu makrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di di kawasan setaman atau sekampung. Orang-orang dalam sistem mikro ini memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. 
            Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan dua makrosistem contohnya hubungan antara keluarga denagn teman sebaya, terjadi konflik nilai-nilai yang ditanamkan orang tua dengan nilai-nilai teman sebayanya. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
            Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
      Makrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.  Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan Negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut. 
      Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. 

0 comments:

Post a Comment