Dalam Falsafah pendidikan Islam, ia memberikan keutamaan terhadap aspek keagamaan. Perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Griffen Encharang, 2009). Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsur kerohanian.
Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di duniadan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T (Mok Soon Sang, 2003).
Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur ini dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam elemennya sendiri iaitu elemn yang berbunyi seperti berikut. “....untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Dalam KBSR dan KBSM juga, Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral mencerminkan ciri-ciri pembelajaran efektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Ciri-ciri pembelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia.