twitter
rss

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau mempunyai banyak persamaan dengan Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme (Griffen Encharang, 2009). Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai unsur yang mirip dengan Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme yang mana falsafah pendidikan ini menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat harmoni dan makmur. Matlamat pendidikan yang ditekankan dalam falsafah ini adalah serupa dengan matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2003).
Selain itu, melalui kepentingan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri, penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu dalam KBSM dan KBSR juga dapat dilihat sebagai salah satu unsur dalam falsafah pendidikan progresivisme dan pragmatism yang diserapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Griffen Encharang, 2009).
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan matapelajaran yang dititik beratkan mengikut falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme. Jika dilihat dalam kurikulum sekolah, pendidikan teknik dan vokasional ini juga dititik beratkan dalam kurikulum Negara kita. Melalui contoh ini, jelas bahawa terdapat unsur falsafah pendidikan Barat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment