twitter
rss

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contoh, perubahan warna rambut.
Perkembangan juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan. Contohnya, kemahiran menggunakan anggota badan oleh kanak-kanak 2 tahun untuk mengayuh basikal.
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman. Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. (“…Orderly and lasting growth, adaptation and change over the course of a lifetime”) Slavin menyimpulkan, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal,  personaliti, sosioemosi, kognitif dan bahasa dan lain-lain.
Secara keseluruhannya perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.Perkembangan adalah satu proses yang berterusan bermula sejak lahir sehingga peringkat kematangan.
Perkembangan manusia dari boleh dibahagikan kepada empat iaitu perkembangan dari segi jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Perkembangan yang dialami oleh individu adalah berbeza-beza dari individu yang lain. Ia dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu, faktor baka dan persekitaran.  Baka menentukan had perkembangan seseorang individu itu manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap kematangan yang maksimum.
Pertumbuhan dan perkembangan manusia bermula dari saat persenyawaan percantuman benih, iaitu sperma dan ovum. Melalui persenyawaan ini, seorang bayi akan terhasil dan bayi ini akan mewarisi mewarisi gen yang dimiliki oleh ibu bapa mereka. Gen adalah sebahagian kecil daripada kromosom yang bahan kimianya terdiri daripada deoxyribonucleic acid (DNA).  Ia mengawal atau mempengaruhi cirri-ciri baka seseorang manusia. Satu gen mempunyai beribu-ribu lingkaran DNA. Antara fungsi DNA ialah mencipta kod-kod arahan tentang warna mata seseorang, warna rambut, pembentukan otak dan sistem saraf yang kemudiannya mempengaruhi kecerdasan seseorang.
Gen bertanggungjawab terhadap jenis trait persamaan yang biasa pada manusia. Gen membawa dua peranan besar, iaitu membentuk manusia menjadi individu yang unik  dan pada masa yang sama satu spesis homo sapien yang berlainan daripada spesis hidupan lain. Satu kehidupan baru bermula daripada satu sel tunggal yang halus yang dipanggil zigot.  Zigot terhasil daripada proses persenyawaan. Sel zigot yang terhasil mempunyai satu nukleus dan di nukleus zigot inilah terbentuk segala maklumat genetik organisma baru itu sama ada dari segi psikologi atau biologi. Sekumpulan gen akan disimpan dalam bentuk struktur dan dikenali sebagai kromosom. Krpmosom adalah satu rangkaian DNA yang kompleks dan panjang. Manusia mempunyai lebih kurang 100,000 gen yang disebarkan mengikut fungsi-fungsi spesifiknya kepada 46 kromosom.
Baka organisma ibu dan bapa dapat diturunkan kerana 23 kromosom itu adalah daripada ovum dan 23 lagi daripada sperma. Kromosom-kromosom ini muncul secara berpasangan. Setiap kromosom yang berpadanan dalam pasangan dipanggil homologos kromosom.

0 comments:

Post a Comment