twitter
rss

Kajian mendapati bahawa tingkah laku manusia berdasarkan kepada arahan-arahan gen dalam diri manusia dan dipengaruhi oleh baka.  Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.  Interaksi antara gen-gen menghasilkan keupayaan dan kecenderungan kepada manusia untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan dan pengaruh budaya mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen dalam diri manusia. 
Perwarisan atau baka ini berlaku melalui proses persenyawaan kromosom yang terdapat dalam sel badan manusia.  Persenyawaan kromosom ini berlaku apabila sperma lelaki menembusi ovum wanita.  Persenyawaan ini disebut mitosis dan embrio akan terbentuk dalam tempoh 40 minggu sehingga lahirnya bayi itu.  Semasa proses persenyawaan inilah, bayi akan menerima kromosom daripada sperma bapa dan ovum ibu.  Setiap kromosom mengandungi gen.  gen inilah yang akan menentukan keadaan bayi yang akan dilahirkan dan menurunkan ciri-ciri kebakaan.
Fitrah kejadian manusia yang dipengaruhi oleh faktor baka mempengaruhi perbezaan antara individu dalam aspek kognitif, fizikal dan emosi.  Pengaruh baka dalam sifat semula jadi manusia dapat dilihat dalam aspek kehidupan.  Sebagai contoh, sifat-sifat manusia atau keupayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dipengaruhi oleh baka.  Selain itu, faktor keturunan turut dilihat membawa kepada sifat semula jadi manusia.  Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi.  Antara aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran ialah latar belakang keluarga, rakan sebaya, kebudayaan masyarakat, sumber maklumat dan institusi sekolah.  Persekitaran setiap individu adalah berbeza-beza mengikut pengalamannya.  Ia banyak bergantung kepada perbezaan latar belakang keluarga, keagamaan dan lain-lain.
Latar belakang keluarga merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu.  Justeru itu, ibu bapa berperanan mendidik dan mengasuh anak-anak untuk membantu tumbesaran yang sempurna.  Aspek pemakanan, suasana rumah, kasih sayang dan perhatian juga perlu dititiberatkan dalam keluarga.
Selain itu, rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi setiap individu.  Rakan sebaya yang baik akan membantu pembentukkan peribadi anak-anak dengan baik.  Manakala, jika akhlak rakan sebaya tidak baik, ini akan menjejaskan perkembangan anak-anak.
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menjadi penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza.  Masyarakat yang sihat menjadi lebih bertanggungjawab, memiliki nilai moral yang tinggi dan norma hidup yang baik dan mantap. 
Oleh yang demikian, fitrah manusia daripada perspektif biologi berdasarkan kepada aspek-aspek seperti baka dan persekitaran menyumbang kepada pembentukan individu. 

0 comments:

Post a Comment